Syarikat

Mutiara Jati telah ditubuhkan pada 29hb. Disember 2005 dan telah memulakan perniagaannya pada 01hb. Januari 2006. Syarikat ini telah dimiliki oleh dua orang anak muda iaitu Hairunazri Mohd Aras dan Mohd Husni Mohd Rusad yang masing-masing berasal dari Pontian, Johor.

Mutiara Jati yang kini beroperasi di Bandar Pulai Jaya dan Bandar Baru Uda yang mula beroperasi pada 01hb. Mac 2007, menawarkan pilihan perabot jati dan kraftangan bermutu tinggi yang diimport terus dari kilang di Japara, Indonesia dengan harga yang berpatutan. Perabot-perabot ini telah dibuat sendiri oleh pekerja-pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi bagi menjamin ukiran yang kemas dan halus. Pemilik kedai ini telah pergi sendiri ke Japara bagi memilih perabot-perabot yang dapat memenuhi pasaran dan citrarasa pelanggan. Ini juga bagi mengelakkan penggunaan orang tengah agar harga yang ditawarkan adalah yang terbaik.

Dalam usaha untuk menyediakan yang terbaik untuk pelanggan, Mutiara Jati telah memberi khidmat bayaran ansuran kepada yang memerlukan. Penghantaran barang pula tidak terbatas di dalam negeri Johor sahaja, tetapi meliputi kediaman-kediaman di seluruh negeri Johor.

Walaupun baru beroperasi selama empat bulan namun begitu sambutan pelanggan adalah amat memberangsangkan. Kejayaan ini adalah kerana tiada perniagaan jati lain yang dapat menandingi harga dan kualiti perabot di Mutiara Jati. Barang-barang yang ditawarkan di Mutiara Jati sesuai untuk kegunaan dan hiasan kediaman dan pejabat.

Keterangan Syarikat

Nama Syarikat : MUTIARA JATI
No. Syarikat : JM044832-U
Tarikh Syarikat ditubuhkan : 29HB. Disember 2005
Tarikh Memulakan Perniagaan : 1 Januari 2006 (Pulai Jaya), 1 Mac 2007 (Bandar Baru Uda)

Keterangan Pemilik

Nama : Hairunazri Mohd Aras
Umur : 34 Tahun
Kelulusan : Philadelphia University, USA Majoring In Textile Engineering

Nama : Mohd Husni Mohd Rusad
Umur : 32 Tahun
Kelulusan : Universiti Malaya, Kuala Lumpur


 

@2007 Copyright Mutiara Jati (M) Sdn Bhd
Show Room: No.8 & 10, Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru Uda, 81200
Johor Bahru, Malaysia. Tel: +6012-7136130 Email: nazri@mutiarajati.com, husni@mutiarajati.com