Perkhidmatan
Di Mutiara Jati kami menjalankan beberapa perkhidmatan susulan bagi setiap produk perabot kayu jati yang telah dijual. Terdapat juga beberapa perkhidmatan sampingan
yang ditawarkan kepada pengguna yang ingin membaiki perabot kayu jati. Di bawah adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kami.
Penghantaran Barang
penghantaran percuma diberikan kepada semua pembeli di sekitar johor bahru dan di semenanjung Malaysia Walaubagaimanapun terdapat kos penghantaran dikenakan bagi pembeli di luar semenanjung Malaysia.
'Touch Up' dan pengilatan kayu
Perabot kayu jati sememangnya terkenal dengan ketahanan dan keteguhan dari pengaruh cuaca, perubahan suhu, pereputan dan anai-anai. Walaubagaimanapun, perabot kayu jati yang telah dimakan usia akan menjadi pudar dan lusuh. Masalah ini dapat diselesaikan dengan proses 'touch up' dan pengilatan kayu.
Perabot kayu jati yang telah melalui proses pembaikan ini dijamin kelihatan seperti baru dan berkilat.
Perkhidmatan pengilatan kayu ini diberikan secara percuma selama 6 tahun kepada semua pengguna yang membeli perabot kayu jati di Mutiara Jati.
Penukaran Barang
Perkhidmatan penukaran perabot yang baru dibeli boleh dilakukan jika barang yang dihantar kepada pengguna rosak dan tidak boleh digunakan. Tiada cas tambahan
dikenakan kepada pengguna. Penukaran perabot yang telah rosak adalah tertakluk kepada perjanjian jual beli. Makluman penerimaan barang yang rosak hendaklah
dimaklumkan secepat mungkin kepada pihak pengurusan Mutiara Jati.
|
@2007 Copyright Mutiara Jati (M) Sdn Bhd
Show Room: No.8 & 10, Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru Uda, 81200
Johor Bahru, Malaysia. Tel: +6012-7136130 Email: nazri@mutiarajati.com, husni@mutiarajati.com