Penghantaran Barang
Setiap pembelian produk kayu jati di sini meliputi kos penghantaran terus ke rumah secara
percuma. Tiada kos tambahan dikenakan bagi penghantaran barang terus ke rumah. Walaubagaimanapun perkhidmatan percuma hanya terhad bagi pelanggan di sekitar semenanjung Malaysia sahaja.
Kos penghantaran minimum dikenakan oleh syarikat kami kepada semua pelanggan Mutiara Jati yang
tinggal di luar semenanjung Malaysia. Sila hubungi pihak pengurusan Mutiara Jati sama ada melalui
email, surat atau telefon bagi mendapat senarai lengkap kos penghantaran mengikut negeri atau
negara.
Tempoh penghantaran
Semua barang yang telah dibeli akan dihantar secepat mungkin ke rumah pelanggan. Jaminan penerimaan barang dalam tempoh 24 jam bagi pelanggan yang tinggal di sekitar Johor Bahru.
Peringatan
Penerimaan produk dan perabot yang rosak semasa ketibaan produk ke rumah pelanggan membolehkan
pelanggan mendapat jaminan penuh penukaran barang tersebut kepada produk atau perabot baru. Sila
hubungi pihak pengurusan Mutiara Jati secepat mungkin jika anda menerima perabot yang rosak bagi
produk atau perabot kayu jati yang baru dibeli.
|
@2007 Copyright Mutiara Jati (M) Sdn Bhd
Show Room: No.8 & 10, Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru Uda, 81200
Johor Bahru, Malaysia. Tel: +6012-7136130 Email: nazri@mutiarajati.com, husni@mutiarajati.com