|
Jaminan Semua produk kayu jati yang dijual di sini mempunyai jaminan jangka panjang yang jarang ditawarkan oleh syarikat perabot lain. Jangka masa jaminan bagi setiap produk dikategorikan mengikut kualiti kayu jati yang dibeli: ![]() Kayu Jati Gred A Jaminan seumur hidup diberikan bagi kayu jati Gred A sahaja. Keteguhan dan kualiti yang terjamin yang terdapat pada perabot kayu jati ini jarang dapat ditandingi perabot kayu biasa yang lain membolehkan semua produk di dalam kategori ini mendapat jaminan maksimum. Kayu Jati Gred Biasa Jaminan selama 5 tahun diberikan kepada semua produk kayu jati yang lain. Tambahan 1 tahun perkhidmatan pengilatan kayu percuma akan diberikan kepada pengguna setelah jaminan 5 tahun tersebut tamat. |
